Sunday, April 26, 2009

dOnuT Lg...


Smlm cuaca kt rumah panas banget.. tu yg plan g tempat sejuk ckit. Apa lg.. Alamanda lah tempatnya. Tu je yg paling dekat ngan rumahku. Cian bdk2 dh naik ruam. Smp je kt Alamanda depa asyik kata lapar..lapar.., padahal kt rumah dh mkn nasi sblm kuar. Malas nk dengar rengekan bdk2 nie. Terus belikan apa yg dorang nk coz senang aku g cuci mata nnt (apa lg.. shopping ler-tu la keje org pompuan..hu..hu..hu..). Si abg 2 org tu nk donut n si kakak x kisah. So kt Alamanda ada dunkin donut & apple donut. Si abg 2 org tu mmg pilih apple donut. Puas la pujuk beli kt dunkin donut tp dorang lebih suka apple donut. Nk x nk belikan je la.. lg pn kt apple donut mmg sume fresh n so many flavor and design.
Oh ye.. Donut kosong yg x de design tu stdby tuk bdk2 coz asyik duk mkn yg manis2 je.. kena la pro n con. tul x.. skrg nie dh ada mcm2 penyakit.. tu sbbnya kena cegah sblm terjadi.. Sib baik la ank2 ku suka minum air msk(siap bawa bekal air msk sendri sblm g mana2).. sesetgh bdk x suka minum air msk, tp aku dh ajar dorang nie minum air msk sejak kecil lg n Alhamdulillah g mana2 saje mesti bw air msk dr rumah.. :)

cAkE - bEaN



Terketaq-ketaq ku lukih gambar Bean nie.. Actually my SIL nk order cake Ben-10 tp dia tersalah ckp nk Mr Bean.. tu la gara2 ingat huruf depan dia je 'B'... x pe la.. sib baik si Fafan x der kerenah.. ok je.. tp berebut plak nk patung tu.. kalu ku tau.. ku lukih myk2 patung bean tu..
sorry la gambar kureng memuaskan hatiku..bab2 melukis nie ku kureng ckit maklumla x minat .. tp skrg nie dh minat plak n kena asah bg tajam lg hasil nukilan ku..
btw..thx for ordering k.Ina.. nnt leh order lg.. he..he.he.. kali nie kena sebut betul2 ok.. next time tny wat gambr Ben-10.. khas tuk Fafan..

cAkE - eLmO

Thursday, April 23, 2009

cAkE - nOveLtY

cAkE - pANdAn cHifFon



Jgn tgk pada rupa.. nie tuk mkn2 jerk.. tp rasanya.. mmg supperrbb.. mabeles..

CC- Baby Shower (Part I)



Part yg paling ku suka adalah wat baby shoes... coommeelllnyaa!!!.. tgh cuba bermain dgn nnozeell .. n yg lain tu nk ambih kan BC yg ada.. tp ku puas hati dgn hasilnya.. terbukti... wah..wah..wah masuk bakul angkat sendri nampak.. lambat benar nk tunggu org puji.. la..la..la..la .. hari nie ku gumbira.. kerna apa.. ku telah berjaya..

bRoWNieS_chEEsE

Wednesday, April 15, 2009

hOw tO oRdEr ?


Please copy this form to your mail and fill up the details and
send email to me at k3_tny@yahoo.com details of your order as follow:

Name :
Email :
Address :
Contact No. :
Pick-Up Date :
Pick-Up Time :

Cupcakes / Cakes/Brownies Size :
Quantity :
Flavor & Topping :
Theme :
Wordings :

* NOTE *
* Orders will only be processed once 50% full payment received.
* Please bank in the payment to my account below and email / sms payment details once done.

Name : Kartini Hashim
Acc# (Maybank) : 114262340268
or
Acc# (CIMB Bank) : 12290068393529

H/P : 016-9970433
Email : k3_tny@yahoo.com

*IMPORTANT*
*SMS/email me the details of order once payment is done.

Sunday, April 12, 2009

pRiciNg dEtAiLs

Cake Choices
Flavor:-
  • Carrot Cake
  • Cheese Cake
  • Chocolate Moist Cake
  • Orange / Lemon butter
  • Sponge Cake
Cake Flavor for Topping

  • Vanilla/Lemon Buttercream
  • Choco Buttercream
  • Choco Ganached
  • Cream Cheese
***additional price for cream cheese & choco ganached
Cake Size
- Round

6" = RM60++
8" = RM80++
10 = RM120++
- Square
11" = RM 140++
* Price is subject to finishing touch.


Cupcakes
Choices
Flavor:-
  • Carrot coconut
  • Moist Chocolate
  • Orange/Lemon with poppy seed
  • Pandan choco rise
  • Strawberry
  • Vanilla choco cips / choco rice
Cupcakes Flavor for Topping

  • Vanilla/Lemon Buttercream
  • Choco Buttercream
  • Choco Ganached
  • Cream Cheese
***additional price for cream cheese & choco ganached
Cupcakes Sizes & Prices
  • Cupcakes "M" size for souffle cup
- 25pcs = RM60 (RM2.40/pc)
- 50pcs = RM120
  • Cupcakes "S" size for souffle cup
- 25pcs = RM50 (RM2.00/pc)
- 50pcs = RM100

  • Cupcakes "Mini" size for souffle cup
- 25pcs = RM40 (RM1.60/pc)
- 50pcs = RM80
***additional price for choco ganached & cream cheese

Engagement & Wedding Cuppies
Price may be difference based on deco; normally price range are from RM4.50 to RM6 each (this for fondant & sugar paste cuppies) and additional RM0.50 for individual packaging.
Bulk order for 'S' size : Deco with Buttercream only
200 - 500pcs = RM1.70
500 - 700pcs = RM1.60
700pcs and above = RM1.50
***additional price for individual casing


Fancy Cookies
Price Range : RM1.50 - RM4.00/pc
Cookie Size
  • 2 1/2"
  • 3"
  • 4"
Theme of Cookies
  • Wedding Design
  • Baby Shower
  • Cartoon Charactor
  • Sports / Garden
***minimum order is 30pcs
***additional RM0.40 with lollipop stick
***additional RM0.10 with sate stick
***additional RM0.20 for decorative ribbon

Note : prices are subject to change from time to time

Brownies
Flavor for Topping

  • Cheese
  • Chocolate fudge
  • Ganache + Sprinkle choco rise / simple deco
  • Ganache + almond / walnut
***Brownies Size = Standard Size : 1 x 1 1/2" /pc
***Door Gift Size : Follow on the box size below
Prices
- Full Tray (12x12") = RM40

***additional price for chocolate fudge & cheese topping

Special VVIP Door Gift
Single box hole (4x4cm) = RM2/pc
Four box hole = RM3/pc
NOTE:-
****** For ordering, kindly please notify me at least
- 3 days in advance for cuppies less than 50pcs
- 2 weeks in advance for order more than 100pcs &
- 1 week in advance for cake & Cookies
****** Kindly please place an order early to avoid any dissapointment. TQ
****** Massive order will be given special price ..



Sunday, April 5, 2009

CC - cARrOt chEEsE


Smlm cepat2 tidurkan babies & ank2 yg lain.. sib baik dia org dgr kata.. tp babies yg sorang nie demam..kdg2 merengek gak.. terpaksa berhenti skjp.. pas 2 smbg balik.. so cepat2 buat tuk topping carrot cheese nie... alhamdulillah..siap gak..
Amacam ada rupa baby carrot x? cute kan? Yg hijau tu just penyeri cup cakes je coz kan x carrot semata2... tgk cam syg nk mkn carrot tu kan!!! .. tp kalu x mkn ..kan x nk wat perhiasan plak.. he..he..he.. wat deco dia nie paling cepat siap.. coz simple je..

Thursday, April 2, 2009

bUn mANiS



Resepi nie saya ambil dr blog cik Mat. Harap cik Mat x marah ye saya panjangkan resepi nie.. coz nampak sgt sedap..

BAHAN DOH BUN MANIS :
A ...
480 g tepung roti (high protein flour)
120 g tepung gandum
110 g gula halus
10 g garam
20 g tepung susu
4 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver*
1 camca teh bread softerner*

B...
1 biji telur
300 ml air


C...
60 g mentega

D...
Inti epal secukupnya2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
1/4 cawan dried cranberries, (boleh ganti dengan kismis)
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung
1 kuning telur*
1 camca besar susu cair*
1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)




CARA MEMBUATNYA :


  1. UNTUK DOH BUN MANIS :- Satukan bahan A, gaul rata. Tambah bahan B dan uli hingga menjadi doh. Tambah C dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 - 25 minit). Alih dalam bekas yang telah disapu mentega dan tutup dengan plastik cling, biar 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" biar hingga siap. Gunakan kaedah menguli sahaja dalam BM, lepas habis menguli (lebih kurang 30 minit), keluarkan doh dan perap dalam bekas lain yang lebih beras, ini kerana khuatir doh naik terover the limit, sampai ke penutup BM terbuka.......
  2. UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.

UNTUK ROTI INTI EPAL :- Ambil 600 g doh tadi (yang lain tu blh digunakan untuk membuat roti2 pelbagai flavour & bentuk..harap maklum yeaa)... Bahagian kepada 12 bahagian sama besar (50 g setiap bahagian), bulat2kan dan ketepikan. Ambil 1, canai membujur. Potong seakan2 jejari pada sebahagian doh, isi dengan inti epal dan gulung. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Biar selama 50 minit tunggu hingga naik. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit.

Lepas 15 minit roti dibakar, keluarkan dari oven dan sapu dengan bancuhan telur pada permukaan roti. Sambung bakar hingga siap. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya

uDaNg bERsOs hOiSiN .. yUMMieSS




Lepas masak terus makan....jangan tunggu lama2 yeaa....

BAHAN-BAHANNYA :
1 pokok brokoli, dipotong sekuntum
25 batang putih jagung,belah 2 setiap 1
300 g udang bersaiz sederhana besar, dibersihkan
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi, hiris halus
1/2 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar sos Hoisin
1/2 camca teh minyak bijan
Secubit gula
1/3 cawan air

CARA MEMBUATNYA :
  1. Tabur sedikit garam halus pada brokoli dan putik jagung, kukus hingga masak tetapi masig rangup (kukus lebih kurang 2 minit utk brokoli dan 45 saat untuk putih jagung). Udang digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak, angkat dan tos, ketepikan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan sos hoisin, kacau rata dan tuang air, masukkan minyak bijan dan secubit gula. Bila mendidih, masuk cili padi. Masak hingga kuah pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Susun brokoli dan putih jagung dalam pinggan mengikut kreativiti masing2, letakkan udang ditengah2 dan curah no. 2 atas udang tadi. Ratakan sosnya dan jika suka boleh tabur hirisan daun bawang. Hidangkan segera.

aSaM pEdAs mELaKa... sSLLLLLuuuuRRRppp..


BAHAN-BAHAN
1 kg ikan tenggiri (boleh guna apa2 ikan atau ayam)
2 biji terung
2 biji tomato
2 kuntum bunga kantan
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan jus asam jawa
750 ml air (lebih kurang)
  • A (KISAR HALUS)...
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 cm halia
1 camca besar jintan manis
1 camca teh lada hitam biji
1 cm belacan (resipi asal tak letak)
  • B...
1 biji bawang besar, dihiris
1/2 camca teh halba
1/2 camca teh biji sawi
3/4 tangkai daun kari



CARA MEMBUATNYA :-

  1. Ikan dibersihkan, cuci dan toskan.
  2. Terung dikerat 2, belah 2 setiap keratan dan hiris tapi tidak putus, rendam dalam air garam.
  3. Tomato dibelah 2 setiap biji. (boleh letak bendi, kalau suka)...Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga harum dan perang, masukkan bahan "A" dan juga cili kisar, goreng dengan api sederhana hingga terbit minyak.
  5. Tuang air dan biar mendidih.'
  6. Masukkan ikan, jus asam jawa dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula (nak guna serbuk perasa pun ok). Bila mendidih, masukkan terung (dan bendi, jika guna).
    Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  7. Hidangkan hangat bersama nasi, sambal belacan dan ulam-ulaman....
Related Posts with Thumbnails