Thursday, October 29, 2009

cHiCkEn sAuSaGe RoLL

Chicken sausage roll nie sy wat pd hari yg sama dgn apam kukus 3 warna tu tp resepi ntah letak kt ner.. nie baru jumpa tu yg baru nk post. Sy uli tepung dia x de guna machine pn .. hand made gituu.. lg sedap ank2 mkn guna air tgn kite kan.. ahaks.. sy pn x ingat ambil resepi nie kt ner tp yg pasti gebu mcm kt kedai gituu.. FYI this is my 1st trial to make a sausage bun but the result so superb.. Selamat Mencuba!!!..

Bahan-bahan A :

500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan-bahan B :
250 ml air
80 gm majerin

Bahan-bahan C :
sosej
bijan (x letak pn)
kuning telur
majerin

Cara-caranya :
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Ketepikan.
5. Ambil 1 doh dan gelek supaya menjadi panjang (macam keropok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej
6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Sapukan dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan.
8. Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
9. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak untuk kelihatan berkilat dan menarik.

aPaM kUkUs 3 wArNa

Actually hari tu aku demam 3 hari n x de selera mkn.. tp tekak nie mcm2 plak nak mkn..
so dlm x larat tu.. aku gagahkan juga buat apam yg sememangnya mudah n cepat. Aku dh lupa mana abik resepi nie.. tp laayannnn je la ek resepi kt bwh nie..

Ingredients :
320g flour
1 teaspoon baking powder
250g castor sugar
2 teaspoons vanilla essence
2 eggs (grade A)
1 teaspoon ovalette
240g water
2 tablespoons condensed milk
coloring

Method :

1. Put all the ingredients into the mixing bowl and beat on maximun speed till creamy. The texture must be like the sponge cake mixture.
2. Divide into three portions and add the coloring.
3. Put a bit of each color into each small cup and steam for 10 minutes on high heat.

Thursday, October 22, 2009

kAriPaP aYaM...

Bahan-bahan (50 biji)

Bahan Inti :-
500g kentang - dipotong dadu
300g bawang besar - dipotong dadu
400g daging/ayam kisar
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sd besar jintan manis (saya x letak pun)
3 sudu besar (75ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
1/2 btg besar kulit kayu manis (saya x letak pun)
2 sudu teh gula/secukup rasa
1 sudu teh garam/secukup rasa
350ml air

Doh Karipap
500g tepung gandum
1/2 sudu besar garam
94g lepa susu/marjerin/shortening (saya lebih suka guna marjerin)
1 bj telur (saya x letak pun)
1/2 cawan ais
250ml air
Minyak untuk menggoreng & tepung secukupnya untuk mencanai

Cara-cara :-
Inti:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga naik bau. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga sebati.
2. Masukkan daging/ayam cincang dan gaul sebati. Masukkan garam, kemudian masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
3. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk
2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Panaskan lepa sus/marjerin/campuran sepertinya atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata2 atas tepung.
3. Gaul sehingga menjadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit-sedikit air ais bergaram dan gaul sehingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam (saya masukkan 1/2 jam dlm fridge jerk).
4. Tangkupkan karipap tersebut agar bertemu. Untuk lebih selamat agar keripap tidak terbuka semasa menggoreng, kelim sekali lagi.
5. Bila semua sudah siap, karipap tersebut bolehlah digoreng dengan api yang perlahan.

TIPS
  • Boleh juga digunakan crisso/minyak sapi/ mentega/minyak masak/kedua2nya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nk canai semula doh, boleh bekukan doh yang dibalut plastic. Nak guna, keluarkan dan tunggu sehingga suhu bilik.
  • Kalau malas nak kelim karipap tu, sebelum tutupkan acuan, letak sedikit air di atas pastry di tepi gigi acuan tu. Ini untuk merapaktkan lagi doh agar tidak terbuka semasa menggoreng.
  • Karipap boleh disimpan lama dengan menggoreng separa masa dan simpan di dalam fridge.
  • Goreng karipap dengan air yang perlahan untuk menggelakkan karipap berbintil-bintil macam jerawat.
GAMBAR SEBELUM

Wednesday, October 14, 2009

cReAm PuFF



Sorry la ye dh sebulan rasanya x update blog nie.. al maklumla sibuk bebenor ngan nyambut pose n raya.. ditambah pula dgn melayan ragam n kerenah ank2 ne..

Ari nie ada mkn2 tuk Hari Raya kt Opis so aku decide nk wat cream puff coz memandangkn proses nk wat nya senang n ambil masa yg singkat.. Tq Kak Rin.. Actually x pernah wat cream puff nie pn.. just try n jadi plak.. hehehe (suka sgt coz menjadi)

PASTRI
BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor


CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.
8. Sejukkan pastri di atas dawai penderai.

Pastri yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain.



CREAM CUSTARD
BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor (Kalau nk manis lg tambah sendri la ye..)
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega

CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.
5. Setelah sejuk, isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri yang telah dibelah tadi.


Related Posts with Thumbnails