Showing posts with label tIPs. Show all posts
Showing posts with label tIPs. Show all posts

Sunday, March 15, 2009

bAkiNG tiPS

Baking pans
1. Don't crowd the oven. The pans should never touch each other or the sides of the oven, or be placed over or under each other on the racks.
2. Grease pans using a piece of paper towel, rub a small amount of shortening, butter or margarine evenly over the bottom and on sides of pans, if directed. A small amount of pan spray may be used and spread over the pan, also using the paper towel technique.
3. Prevent sharp edges on muffins, bar cookies or quick breads by greasing the muffin cups or pans only on the bottom and halfway up the sides so the batter is higher than the greaseline.

:- This is one time you might not want to use a pan spray.

Bread
1. Let bread dough rise (ferment) at 80°F, covered. If placed in the refrigerator, be sure to punch it down within the first 45 minutes to 1 hour.
utter
2. Do not use spreads to replace butter, margarine or shortening one for one in a recipe. Spreads contain less fat and more water, so they will not perform like butter or margarine.

Cake

Cleaning up
1. Hand-washing how-to: Anyone who cooks, caterers, home bakers or restaurant professionals, should incorporate the following hand-washing steps to prevent the spread of germs and disease:
2. Always wash hands before making or eating food.
3. Use warm water and soap. Lather all over hands and wrists.
4. Scrub the front and back of hands and between fingers and fingernails, too.
5. Wash hands for at least 20 seconds.
6. Rinse under running water, rubbing hands.
7. Dry with a clean towel.

Equipment

Flour & Meal

Frosting

Honey

Margarine
1. Do not use spreads to replace butter, margarine or shortening one for one in a recipe. Spreads contain less fat and more water, so they will not perform like butter or margarine.

Measuring
1. Use the right tools: Liquid and dry standard measuring spoons and cups, and correct pan sizes. All recipes use a standard dry-measuring cup for dry ingredients, including flours, cornmeal, cocoa, granulated and powdered sugars.
2. Always stir flour to "loosen" before measuring. Sifting it first is necessary only if the recipe calls for it. Spoon dry ingredients into the correct-size cups until they are overflowing. Level off with a straight edge (knife or metal spatula). Tip: Keep a spoon in flour bins for convenient stirring and measuring.
3. Measure brown sugar by packing it firmly into the dry measuring cup and leveling off. It should hold its shape when turned out of the cup.
4. Measure liquids such as water, milk, vegetable oil, honey or syrups in a clear glass or plastic liquid measuring cup that is placed on the counter. Bend down to check the amount at eye level. Use a rubber spatula to scrape out all the liquid. Tip: For easier removal of honey or molasses, grease or spray the cup or spoon first.
5. Use measuring spoons, not eating utensils, to measure small amounts. Don't guess. Use the exact measurements and level off spoons with a straight edge spatula or knife. For dry ingredients, dip the measuring spoon into the container until overflowing, then level off. For liquid ingredients, pour liquid until it reaches the top edge of the spoon. Measure over a separate cup or bowl so any extra does not fall into the mix. 6. Always use a thermometer to measure liquid temperature before adding yeast.


Other ingredients

Oven tips
1. Don't crowd the oven. The pans should never touch each other or the sides of the oven, or be placed over or under each other on the racks.
2.To test for doneness in cakes, quick breads and bar cookies, use a toothpick inserted in the center. The toothpick should come out clean and dry, or have only a few crumbs clinging. Yeast breads, rolls and loaves should be golden brown on top, sides and bottom.

Pastry

Storage

Sweeteners

Vegetable oil

Yeast
1. Always use a thermometer to measure liquid temperature before adding yeast.

Friday, March 13, 2009

49 tiPs bAKinG gLoSSaRY

1. All Purpose Flour (Tepung gandum serbaguna) - Tepung gandum protin sederhana yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis masakanseperti kuih-muih, kek dan sebagainya.

2. Butter - Adunan tepung yang telah dicampur air atau susu.Ia berbentuk cecair.

3. Bake (bakar) - Memasak makanan mentah dalam ketuhar menggunakan haba kering.

4. Baking Powder (serbuk penaik) - agen penaik yang digunakan untuk membuat kek,biskut, roti dan lain-lain.Double action baking powder bertindak 2 kali lebih kuasa dan sesuai untuk produk kukus supayanaik dengan lebih cantik.Sesuai juga untuk produk bakar.

5. Baking Soda (soda bikarbonat) - adalah sejenis kimia beralkali yang digunakan untuk membuat kek atau kuih yang berasid sepertikek pisang, kek lobak ,buah-buahan, koko, madu , gula hangus dll.Iamenutralkan asid dan menjadikan kek ringan dan kembang.

6. Bain-Marie - Juga disebut Water Bath @ Steam Bath. Kita meletakkan satu dulang berisi air dibawah tin kek.Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini,kek masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Sesuai untuk memasak kastad dan kek keju.

7. Bread Improver - Bahan pembaik doh yang menjadikan roti tahan lama,lembut dan sedap.Bread Softener - Bahan serbuk putih yang memberi lebih kelembutan pada kek. Untuk roti komersil, kedua-dua bahan ini dimasukkan dalam adunan roti.

8. Buttercream (krim mentega) - Sejenis krim dimana mentega dipukul bersama gula aising atau sirap gula hingga menjadi ringan dan gebu. Kemudian ia digunakan untuk menyalut kek.

9. Buttermilk (susu masam) - Jarang didapati di pasaran tempatan.Buttermilk dibuat dari susu segar yang dipanaskan dan dicampurkan 1 sudu teh cuka atau jus lemon. Kacau dan biarkan 5 minit hingga ia pekat seperti yogurt.

10. Chemical Leavening (bahan penaik kimia) - digunakan dalam industri bakeri untuk menghasilkan produk yang gebu, ringan dan naik dengan cantik. Bahan penaik ini terdiri dari soda bikarbonat, serbuk penaik dan serbuk krim tartar.

11. Cream of Tartar (serbuk krim tartar) - garam dari asid tartarik yang digunakan untuk menstabilkan putih telur yang telah dipukul dan juga digunakan sebagai bahan penaik dalam kek.

12. Coklat Couverture - Coklat semulajadi yang manis danbermutu tinggi. Ia tidak mengandungi lemak campuran.

13. Cooking chocolate (coklat masakan) - Coklat jenis inisering digunakan dalam indusri bakeri. Ia mudah beku pada suhu bilik dan sering digunakan untuk saduran biskut atau sebagai ganache pada kek.

14. Cupcakes (kek cawan) - Kek kecil yang diisi dalam cawan kertas dan dibakar dalam tin pembakar muffin. Adunan kek cawan boleh dibuat dari kek span, kek mentega atau muffin.

15. Creaming (mengkerim) - Proses memukul mentega dan gula hingga menjadi gebu dan putih . Kaedah ini dilakukan untuk membuat kek mentega.

16. Confectioners Sugar (gula aising) - gula paling halus seperti serbuk yang telah ditambah sedikit tepung jagung. Gula jenis ini sering digunakan untuk membuat krim mentega dan lain-lain jenis aising.

17. Chiffon Method (Kaedah Sifon) - Kaedah membuat kek dimana putih telur dan sebahagian gula dipukul hingga kental.Kemudian disatukan dengan bahan-bahan lain.

18. Coco Butter (mentega koko)- Lemak putih yang didapati dari coklat semulajadi dan digunakan untuk mengurangkan kepekatan coklat.

19. Double Boiler - Mencairkan coklat, mentega atau krim keju dengan menggunakan haba dari air yang panas. Caranya ialah panaskan air di dalam sebuah periuk atau kuali. Letakkan mangkuk atau periuk kecil berisi coklat diatasnya. Kacau hingga coklat cair.

20. Decorating Tips - Sejenis alat seperti acuan untuk menghias kek.Ia diperbuat dari logam dan berbentuk kon. Alat ini dimasukan ke dalam beg piping dan isikan krim mentega . Picit mengikut bentuk disukai.

21. Emplex - Bahan perangup biskut yang berbentuk serbuk putih. Dijual di kebanyakan kedai bahan kek.

22. Egg Wash @Glaze - Telur yang dicampur sedikit susu atau air dan disapu atas roti dan pastri untuk menjadikan permukaannya kekuningan dan berkilat.

23. Fondant (Fondan) - Doh lembut yang diperbuat dari gula aising, gelatin, gliserin dan ditambah perisa.Digunakan untuk membalut kek perkahwinan atau pertunangan.

24. Fermentation (fermentasi) - Tempoh masa diberikan kepada adunan beryis sebelum dibahagi, dibentuk dan dibakar.Proses ini berlaku apabila enzim yis menyuraikan gula untuk menghasilkan karbondioksida dan menghasilkan buih-buih udara yang menyebabkan doh mengembang. Dua kali fermentasi diperlukan untuk membuat roti atau pau.

25. Gluten (glutin) - Protin yang terkandung dalam tepung gandum. Apabila dicampur air dan diuli, glutin akan terbentuk dan memberi struktur kenyal dan elastik.

26. Glucose Syrup (Sirap glukos) - Sejenis gula komersil yang berupa seperti sirap gula dan bewarna jernih.Ia tidak akan menjadi keras dan sesuai untuk industri makanan. Ia juga dikenali sebagai dextrose.

27. Gelatin (jelatin) - Adalah sejenis bahan pemekat dan pembeku yang digunakan untuk membuat kek keju, mousse dan lain-lain. Jelatin halal dari Pakistan dibuat dari bahan tumbuhan.Berupa seperti serbuk gula tetapi bewarna sedikit perang.

28. Genoise Cake (Kek Genoise) - Kek ringan dan lembut diperbuat dari tepung gandum,gula, telur mentega dan vanila.Teksturnya seakan kek span. Berasal dari Genoa, Itali dan resipi ini popular di Amerika dan Eropah.

29. Ganache - Salutan kek yang diperbuat dari coklat. Susu dipanaskan hingga mendidih.Angkat dari api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil. Gaul dengan sudu hingga coklat cair. Kemudian bolehlah tuang atas kek.

30. Glyserin (gliserin) - Sejenis cairan jernih seperti sirap yang diperbuat dari lemak dan minyak. Berfungsi untuk memberi dan mengekalkan kelembapan pada kek ataupun fondant.

31. Golden Syrup (sirap emas) - bahan sampingan dari proses penapisan gula. Ia bewarna keperangan dan pekat.Rasanya seakan gula hangus.

32. Mousse - Inti atau filling yang diletakkan diantara dua kepingan kek. Ia diperbuat daripada krim putar, gelatin dan buah-buahan kisar. Kek ini enak dimakan sebagai pencuci mulut dan perlu disejukkan.

33. Marzipan - Pes yang diperbuat dari serbuk badam, gula dan putih telur. Ia dijadikan doh yang lembut dan dibentuk menjadi buah-buahan dan lain-lain untuk hiasan atas kek.Juga boleh digunakan untuk membalut kek.

34. Piping Jelly (Jelli hiasan) - Sejenis gel manis yang lutsinar dan boleh diwarnakan untuk hiasan atas kek atau untuk memaip tulisan.

35. Piping Bag - Beg berbentuk segi tiga daripada plastik atau kertas yang digunakan untuk mengisi aising.

36. Petits Fours - Makanan manis yang kecil-kecil, cantik dan berhias aising. Selalunya dihidangkan selepas waktu makan.

37. Preheat - Memanaskan ketuhar atau pengukus kepada suhu tertentu sebelum memasukkan makanan.

38. Royal Icing (Aising Royal)- Aising yang diperbuat dari putih telur, air, gula atau krim tartar. Ia pekat seperti aising mentega dan boleh diwarnakan. Ia boleh menyalut kek , membuat bunga atau untuk corak atas kek fondan.

39. Room Temperature (Suhu Bilik) - Suhu kebiasaan bagi dapur.

40. Stabilizer (penstabil) - Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam adunan kek bagi menghalang pemisahan bahan seperti air dan lemak. Ovalette adalah contoh penstabil.

41. Super Sponge - Bahan emulsi dan penstabil yang digunakan dalam pembuatan kek span supaya kek span sentiasa gebu. Nama lain bagi super sponge ialah ovalette, Quick 75, TBM dan lain-lain. Bahan ini dalam bentuk pes bewarna oren.

42. Sugar Paste (Pes Gula) - Bahan yang diperbuat dari gula aising,tepung jagung dan gelatin. Bahan ini diuli menjadi doh lembut dan boleh dibentuk menjadi bunga, kotak dan lain-lain. Ia keras dan tahan lama. Sesuai untuk hiasan atas kek fondan.Nama lain ialah gum paste atau pastillage.

43. Shortening - Sejenis lemak putih yang terhasil dari pemprosesan kelapa sawit.Digunakan dengan meluas dalam pembuatan roti dan pastri untuk melembutkan atau merangupkan produk.

44. Self-raising Flour (Tepung Naik Sendiri) - Tepung gandum serbaguna yang telah dicampurkan serbuk penaik dengan kadar tertentu. Anda tidak perlu mencampurkan serbuk penaik lagi.

45. Springform Pan - Tin atau acuan bentuk bulat yang boleh dibuka di bahagian tepi dan dasarnya. Ia sesuai untuk membuat kek keju kerana mudah dikeluarkan.

46. Whipping Cream (Krim Putar) - Diperbuat dari krim pekat, gula dan ada bahan penstabil agar produk tetap gebu selepas diputar. Whipping Cream for Topping lebih sesuai untuk menyalut kek. Manakala Dairy Whipping Cream lebih sesuai dicampurkan dalam masakan.

47. Turntable (meja berputar) - Sejenis alat berbentuk bulat dan berkaki, yang digunakan untuk meletakkan kek dalam proses menghias kek. Alat ini diperbuat dari besi, kayu atau plastik. Ia boleh diputar untuk memudahkan kerja menghias kek.

48. Tempering - Proses mencair dan menyejukkan coklat kepada suhu tertentu, untuk digunakan bagi menyalut kek atau membuat produk dari coklat.

49. Yeast (Yis) - Sejenis organisma hidup dalam keluarga kulat (fungus). Ia perlukan udara, kelembapan dan gula untuk hidup.Di pasaran ada dijual yis kering dan juga yis basah. Untuk mempercepatkan proses yis mengembang, ia perlu diletakkan di tempat hangat. Yis digunakan dalam pembuatan roti, pau dan kuih-muih.

20 pETuA Di dAPuR

1. Sayur kekal segar. Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik.Simpandalam peti sejuk.Sayur tahan lebih semingu.

2. Ikan tetap segar. Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang.Tak perlu dicuci.Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan peti dinginbeku.

3. Hilangkan hanyir ikan. Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipisatau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.

4. Ikan atau ayam tak lekat di kuali. Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskanterlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.

5. Khasiat air beras. Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuhsubur.

6. Elakkan periuk kenduri jadi hitam. Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masakpada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.

7. Buang tulang ikan terubuk atau ikan parang. Untuk mengelakkan tulang, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kitamemakan isinya.

8. Bawang kopek tahan lama. Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awaltetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk petisejuk.

9. Memudahkan telur dikopek. Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.

10. Tulang dan daging cepat empuk. Rebuskan bersama daun nangka muda ataupun rebuskan bersamasebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.

11. Membasuh buah-buahan. Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

12. Air gula tahan lama. Supaya air gula tahan lama masukkan 1 sudu besar air limau nipis semasa kita memasak air gula. Setelah mendidih, rendidih selama 20 minit dansejukkan.

13. Pisau tak berkarat. Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lap kering.Kemudian barulah disimpan.

14. Kacang cepat kembang. Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.

15. Elakkan getah nangka. Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka.Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.

16. Bersihkan pengisar. Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.

17. Santan lebih pekat. Untuk mendapatkan santan lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur Perah seperti biasa.

18. Kelapa parut tahan lama. Agar kelapa parut anda tahan lama, simpan dalam peti beku. Ia tahan 1 - 2 minggu.

19. Kelapa parut beku. Untuk melembutkan kelapa parut yang beku, keluarkan ia 2 jam sebelum digunakan agar ia lembut. Tuangkan sedikit air panas dan kisarlah sepertibiasa.

20. Tempoyak tahan lama. Supaya tempoyak anda tahan berbulan-bulan lamanya, masukkan isi durian yang telah diperam beberapa hari ,ke dalam sebuah botol dan simpan peti sejuk.

Related Posts with Thumbnails