Showing posts with label tEa tiMe. Show all posts
Showing posts with label tEa tiMe. Show all posts

Friday, July 9, 2010

mUffiN pAnDaN


Sumber : Cari.com 

Bahan-bahan: 
200gm tepung gandum 
1 1/2 tsp baking powder 
1/2 tsp soda bikabonat 
1/2 tsp garam halus 
120gm gula castor 
200ml santan kelapa - saya guna KARA santan 
100ml minyak jagung 
2 biji telur 
*1 tsp pandan paste - saya letak 2 titik  
*1/2 tsp pandan essence 
Bahan topping ikut selera - Almond cincang, kismis, ceri etc. 

Nota : 
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis 

Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners. 
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam 
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker. 
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua 
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy). 
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan almond cincang di atasnya. 
5. Bakar selama 20minit. 

bAnaNa cUpCakEs

I made all these banana cupcakes just 4 mkn2.. layan gambar je ek.. :)

kUiH pUtRi aYu


KUIH PUTRI AYU
Bahan-bahan:
2 biji telur ayam (eggs)
160gm gula kastor (castor sugar) - Saya letak 150gm
1 tsp ovalette
200gm tepung gandum (all-purpose flour)
100ml susu segar (fresh milk)
1 tsp pes pandan (pandan flavour)
sedikit pewarna hijau (few drops of green colourings)
80gm kelapa parut putih (white coconut)
2 tsp tepung jagung (corn flour) - x letak pun

acuan kuih puteri ayu (few mould & steamer)

Gaulkan kelapa parut bersama tepung ubi / jagung & ketepikan. (mixed coconut with corn flour & set aside) tp aku letak garam jerk..


cara:
- pukul telur & gula hingga kembang & sebati dengan menggunakan mesin pemutar. (with elecrtric mixer, beat eggs & sugar till white & fluffy)
- masukkan ovalette. (Add in the ovalette)
- bubuh tepung berselang-seli dengan susu segar & putar hingga ringan. (Fold in flour alternating with milk until smooth)
- masukkan pes pandan & pewarna hijau. (Add pandan paste & drops of green colourings)
- bubuh kelapa dalam acuan yg telah di oles minyak. (scoop in coconut on the base of a grease mould)
- sudukan adunan kedalam acuan berisi kelapa tadi. (scoop of batter, pour into the mould with the coconut base)
- kukus selama 10-15 mins atau hingga masak. Terbalikkan kuih & sajikan. (Steam for about 10-15 mins or until cook. Turn over mould before serve)


Note: pastikan pukul hingga gebu supaya ianya akan kekal lembut setelah kukus. Pastikan jangan kukus terlalu lama, terus angkat selepas ianya mengembang. (be sure to beat the first item till fluffy in order to get a smooth texture after steaming. Do not oversteamed)

Friday, May 14, 2010

bEsT eVeR bAnAnA cUpCakEs


BEST EVER BANANA CUPCAKES


Ingredients :-

125g (4oz) butter
175g (6oz) sugar (I just put 150g)
2 eggs
2 large mashed ripe bananas (I change to 4pcs small bananas)
1 tsp Baking soda
2 Tbsp boiling milk
1 tsp baking power
225g (8oz) flour
Add : Chocolate rice 

Method :-
  • Cream butter & sugar till light and fluffy.
  • Add eggs one at a time.
  • Mix in mashed bananas.
  • Add baking soda that has been dissolved in hot milk.
  • Lastly mix in sifted flour, baking powder & Chocolate Rice. Don't overbeat the batter.
  • This mixture will produce around 29 medium size cupcakes and they are baked at 170 C (325 F) for approx 18-25 mins. You want them to be light golden brown and a toothpick comes out clean.


Happy Caking!

Monday, April 19, 2010

rEd bEaN pAu


PAU
Ingredients :
400g Hongkong flour (pau flour)
200g water (I added more)
70g sugar
a pinch Salt
10g double action baking powder
7g instant dried
30 g shortening


Method :
1. Place water in the bread maker pan. Top it with Hongkong flour, sugar, salt, baking powder and instant yeast.
2. Set the bread maker to Dough and let it knead.
3. When the dough is combined, add in shortening and let the bread maker finish it's job of kneading and 

    proving which will take about 1 1/2 hour.
4. Remove from pan and punch the air out. Cut the dough weighing 30 g each. Make it into round balls 

    and leave to rest for 10 minutes.
5. Flatten the dough and wrap the red bean filling.
6. Place each pau on a piece of paper or small piece of banana leaf.
7. Arrange in the steamer and let it proof again.
8. Steam for 15 minutes.


aPaM pUtri aYu vs cAkE



Hahahaha.. cam ner leh jadi ngrupa Apam putri ayu cenggini. Hah!.. mula2 aku on gas bg pengukus tu panas, pas tu bancuh adunan apam putri ayu & masukkan kelapa ke dalam acuan putri ayu. Tup2 bila nk kukuskan kelapa tadi, gas plak habisss.. adoii .. semua brg & adunan telah siap cuma tinggal kukus shj. So aku malas nk tunggu gas.. apa lg.. masukkan adunan dalam paper cup & selebihnya dlm aluminum cake tin... then, bakar je trus dlm oven & tabur chocolate rice without kelapa.. abis citer.. Ank sulong yg request nk putri ayu sedeyy coz apam putri ayu tlh di transform ke cake.. huhuhu.. apa blh buat.. x der rezeki.. tp taste lari ckit coz bakar. InsyaAllah kalau rajin next week la buat .. cian along..


Actually lupa plak ambik resepi nie kt ner but the taste marvelous.. not 2 sweet..


APAM PUTRI AYU
Bahan-bahan:
2 biji telur ayam (eggs)
160gm gula kastor (castor sugar)
1 tsp ovalette
200gm tepung gandum (all-purpose flour)
100ml susu segar (fresh milk)
1 tsp pes pandan (pandan flavour)
sedikit pewarna hijau (few drops of green colourings)
80gm kelapa parut, dibuang kulit arinya (white coconut)
2 tsp tepung jagung (corn flour)

acuan kuih puteri ayu (few mould & steamer)

Gaulkan kelapa parut bersama tepung ubi / jagung & ketepikan. (mixed coconut with corn flour & set aside) tp aku letak garam jerk..

cara:
- pukul telur & gula hingga kembang & sebati dengan menggunakan mesin pemutar. (with elecrtric mixer, beat eggs & sugar till white & fluffy)
- masukkan ovalette. (Add in the ovalette)
- bubuh tepung berselang-seli dengan susu segar & putar hingga ringan. (Fold in flour alternating with milk until smooth)
- masukkan pes pandan & pewarna hijau. (Add pandan paste & drops of green colourings)
- bubuh kelapa dalam acuan yg telah di oles minyak. (scoop in coconut on the base of a grease mould)
- sudukan adunan kedalam acuan berisi kelapa tadi. (scoop of batter, pour into the mould with the coconut base)
- kukus selama 10-15 mins atau hingga masak. Terbalikkan kuih & sajikan. (Steam for about 10-15 mins or until cook. Turn over mould before serve)
Note: pastikan pukul hingga gebu supaya ianya akan kekal lembut setelah kukus. Pastikan jangan kukus terlalu lama, terus angkat selepas ianya mengembang. (be sure to beat the first item till fluffy in order to get a smooth texture after steaming. Do not oversteamed)



Thursday, April 8, 2010

kUiH kEriA II

Kuih keria lg.. hehehe.. nk wat cam ner.. nie peberet ank2.. layan je la.. recipe click hereermmm.. yumm.yummm.. bllurrrpp!!...

Thursday, March 25, 2010

kUiH bAkAr

Kuih Bakar is also known as Kuih Kemboja. Eating Kuih Bakar is like eating Kaya (egg custard) in a slice, it is sweet but not as rich.
Kuih Bakar is traditionally baked in a flower mould. Lacking one, I replaced it with a square pan. (Nie sume keje malas la.. hehehe)

Ingredients
1 1/4 cups of sugar
2 cups of flour
1 cup of pandan juice (6 pandan leaves + 1 cup of water - blended and sieved)
2 1/4 cups of coconut milk
4 large eggs
2 tbsp of melted butter
1 tsp of pandan paste
1 tbsp of sesame seeds (optional)

Method
1- Pre-heat oven to 325 degree F and greased a 8" x 8" square baking pan.
2- Mix all the above ingredients except sesame seeds until well combined.
3- Pour mixture into baking pan and sprinkle with some sesame seeds and bake until
golden brown or skewer comes out clean when tested. It should take an hour.
5- Cool it down before cutting.

Monday, March 8, 2010


Resepi ni saya ambil dr dapur kak An. Thanks kak An.. kuih nie mmg peberet ank saya & lg pun senang sgt buat cuma bab melapis je yg leceh ckt coz kena tunggu.. hehehehe.. Apa lg.. rugi tau kalau tak cuba..

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1 cawan tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis
1/4 sud teh garam
sedikit pewarna merah & perisa ros (Sy tambah perasa vanilla pd lapisan putih)

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.

2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya lebih menyerlah.

Wednesday, February 17, 2010

dOnuTs ...

Wah! so gebuzz.. This time i'm using with a different recipe. Thx mama to share and really love it.

Ingredients :
1 medium sized potato ~ cleaned
1 cup lukewarm water
5 g instant yeast
1/3 cup cooking oil
1/3 cup lukewarm water
1/4 tin condensed milk
1 tablespoon sugar
1 teaspoon salt
500g flour

Oil for frying

Method :

1. Boil potato till soft. Place the boiled potato with 1 cup of lukewarm water in a food processor. Puree.
2. Mix together instant yeast, sugar, 1/3 cup lukewarm water, cooking oil, condensed milk, salt and potato puree.
3. Add flour a bit at a time and rub using your fingers.
4. Add in the remaining flour, a little at a time till a soft dough is formed. (Note : The softer the dough, the softer the donut produced)
5. Take a bit of dough and make into small balls. Arrange on a tray sprinkled with a bit of flour. Leave to proof till double the size.
6. Heat oil in a pan. Make a hole in the middle of the dough and fry till golden brown.
7. Coat with castor sugar and ready to serve.



Errmm so yummy.. An-Nisa mmg suka mkn donut.. so lepas jerk goreng trus dia cukai satu.. x pe.. aku suka janji mkn.. tgk la bdn dia.. gebuzz gak cam donut.. hahaha..









kUiH LoMpAnG (kOsUi)

Resepi nie di ambil dr dapur Kak Miza. Thx kak coz share this recipe. Sy just c&p jerk.. halal ek..

Bahan-bahan :
* 500 g tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 600ml air
* 1/2 sudu besar kapur makan
* secubit garam
* 280 g gula melaka
* 155 g gula perang
* 125 g gula pasir
* daun pandan
* 250 g kelapa parut

Cara :
1. Satukan air, gula melaka, gula perang, gula pasir, daun pandan dan garam.
Jerangkan di atas api yang kecil & kacau hingga semua gula-gula itu hancur.
Besarkan api & didihkan hingga menjadi pekat.
2. Padamkan api dan tapis. Birakan sejuk.
3. Masukkan campuran gula melaka tadi ke dalam adunan tepung ubi dan tepung jagung. Kacau rata hingga supaya tidak berketul-ketul.
4. Tapiskan dalam ke dalam acuan yang telah dihangatkan. Kukus hingga masak.
5. Rendam acuan-acuan itu dalam air sejuk untuk menyejukkan. Keluarkan dari acuan & golek-golekkan dalam kelapa parut. (Saya x rendam tp kuarkan dr acuan selepas masak & letak kelapa sedikit diatas)..

Thursday, January 21, 2010

kUiH kEriA

Baki keledek aku wat kuih keria coz peberet bdk2 n bapak bdk.. hehehe. Resepi ni aku cilok dr dapur Kak Rinn. Layann..

KUIH KERIA
Bahan-bahan:
2 biji ubi keledek saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
secubit garam

Untuk menyira:
1 cawan gulapasir
1 cawan air

Cara-cara:
1. Keledek dibuang kulit, dipotong kecil-kecil dan direbus empuk.
2. Lecek ubi keledek.
3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dan
menekan-nekan adunan agar bercampur.
4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi
dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan
terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras.
Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar
boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut.
5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur
sedikit tepung utk mengelak dari melekat.
6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan.

Untuk menyira:
1. Tuangkan air dalam kuali dan masukkan gula.
2. Masak sehingga larut dan mendidih. Biarkan larutan berbuih sehingga
keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertai-tali jatuh apabila dilelehkan
dari senduk. JANGAN TERLALU LAMA SEPERTI HENDAK MEMBUAT GULA HANGUS.
Bila ini terjadi gula akan bertukar keperang-perangan dan ia tidak akan mengeras dalam
bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca!!!
3. Masukkan keria yg telah digoreng dan terus kacau sehingga gula mengeras
dan berwarna putih. Padamkan api dan teruskan mengkaupbalik keria.
4. Segera keluarkan dari kuali dan hidangkan.


oNde-oNde KeLedEk

Onde2 keledek jarang org buat. Slalunya kuih buah melaka / onde2 buah melaka. Pada sapa2 yg blm pernah rasa onde2 keledek nie better you try. Bak kata org, blm cuba blm tahu. ye x?. Resepi ni aku cilok kt dapur Kak Min. Kalau berani mencuba, silalah ikut resepi di bawah ye..

Bahan :-
3 biji keledek kuning saiz besor (rebus & lecek hingga lumat)
1 cwn tepung ubi (x smpi 1 cwn pun) - aku guna tepung pulut jerk coz tpg ubi x der stok
Gula kabung
Kelapa parut secukupnya..
Sedikit garam

Cara2 :-
1- Campurkan keledek dan tepung ...uli rata..
2- Buat bentuk bulat2 kecil & masukkan gula melaka sebagai inti.
3- Jerang air hingga mendidih..& masukkan onde2 yg telah berinti td..
4- Tggu sehingga onde2 timbul...angkat & toskan..
5- Golek di atas kelapa parut yg telah di campurkan sedikit garam.. (aku kukus sekejap bg kelapa thn lama)


Wednesday, January 6, 2010

sOfT bUn pReTzeL

Ptg yang panas.. ujan x mo turun2.. harap2 mlm nnt turun la. apa menu minum ptg hari nie ek.. jenguk2 la rumah2 yang mana bertuan dan resepi yang menarik.. cari punya cari jumpa la rumah kak rin yang nampak mcm menarik di tambah lg bahan2 sume cukup.. hah! apa lg operasi pun bermula la.. wat pun ambil masa yang singkat cuma nk tunggu dia naik tu yang ambil masa lama ckit.. x pe la.. coz pretzel nie blm pernah try, asyik mkn kt auntie anne's jerk. Nampak mcm keras tp bila mkn lembut di gigi.. Kpd sesiapa yg ingin mencuba .. sila la.. jgn malu2 plak ek..


BAHAN-BAHAN:
1 /2 cwn air suam
11gm yis segera (1 paket)
1 camca teh madu
3/4 cwn susu segar
1/4 cwn majerin
1/4 cwn madu
2 camca teh garam halus
4 cwn tepung gandum
* Majerin untuk sapuan
* Gula, bijan, badam dll untuk taburan, ikut selera (x letak coz ank2 x mkn)

Untuk Dipping :
1 cwn air mendidih
1 sudu makan soda bicarbonate


CARA-CARA:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan air suam, 1 camca teh madu dan yis. Biarkan 10minit.
2. Di dalam periuk lain, panaskan majerin hingga cair. Campurkan 1/4 cwn madu, garam dan susu. Kacau sebati.
3. Tuangkan adunan majerin cair tadi ke dalam mangkuk pengadun berisi yis. Kacau sebati.
4. Putarkan mixer perlahan sambil masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Sederhanakan kelajuan dan uli doh selama 20 minit atau sehingga doh lembut dan elastik.
5. Bulatkan doh menjadi satu dan tutup mangkuk pengadun dengan plastik/clingwrap. Perap 1 jam.
6. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
7. Uli dan gelek rata. Bahagikan kepada 8 ke 10 bahagian. Gelek-gelek dengan tangan membentuk doh yang panjang seperti tali. Saiz ikut suka.
8. Temukan kedua-dua hujung tali doh itu dan pintal. Kemudian lekatkan bersilang pada bahagian bawah.
9. Sementara itu, panaskan 1 cwn air hingga mendidih dlm periuk kecil. Masukkan 1 sudu makan soda bicarbonate. Kekalkan didihan dgn api kecil. Rendam pretzel tadi dalam air soda selama 10 saat dan letakkan dalam loyang pembakar yg telah digris. Lakukan hingga habis.
10. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min -25min atau hingga warna keperang-perangan.
11. Setelah masak keluarkan dari oven, sapu majerin dan segera taburkan gula atau garam atau bijan atau badam...atau apa-apa saja yang anda suka. Bijan atau badam tu... bakarlah dulu seketika dlm oven ya. Goreng tanpa minyak pun ok.

pAu gOrEnG sAmbAL

Actually wat kuih pau ni bln lepas tp disebabkan keadaan yg sibuk sehingga x der masa nk post kt blog nie..
Kuih pau sambal ni sesuai mkn diwaktu petang n panas2..santai or b/fast pun blh. Maap la kalau bentuk x sekata.. almaklumla ank2 yg gentel bulat2.. mummy tukang bancuh doh jerk.. selebihnya tugas 3 beradik.. main masak2..hehehe.. betapa mudah nya kerja aku kan.. suka3.. Thx kak an coz bg resepi pau goreng sambal nie.. rasa dia mmg peerghh!! marvelous..tp ank2 layan ngan sos tomato. sodap katanya!! ngap..ngap.. Apa2 pun layan resepi kt bawah ni.. rugi kalau x cuba.

Bahan-bahan Doh :

3 cwn tepung gandum
2 sdt ragi kering (mauripan) dibancuh dgn 1/4 cawan air suam yg dicampur dengan 1 sudu besar gula. (Biarkan dlm mangkuk hingga berbuih angaran 5-10minit)
2 sdb Marjerin
1 bj telur
1 bj kentang, direbus dan dilecek halus
1/2 cwn air dicampur secubit garam

Cara-cara :-

1- Masukkan tepung ke dlm mangkuk besar. Buat lubang di tengah2 dan masukkan telur, campuran ragi, marjerin dan kentang ke dlm lubang tu.

2- Gaul dan uli perlahan2 hingga licin dan tambah air sedikit demi sedikit jika adunan terlampau kental.

3- Uli hingga adunan sebati dan licin. Biarkan di dalam mangkuk dan tutup dengan kain. Biar 15 minit.

4- Buka tutup dan tumbuk adunan untuk mengeluarkan udara. Uli lagi dan bentuk bulat2 dan tekan sedikit agar bentuk pau sedikit leper. Boleh juga di canai setebal 1cm dan diterap bulat2.

5- Sediakan dulang yg ditabur rata sedikit tepung. Letakkan pau di dalam dulang dan biar 10 minit sebelum digoreng.

6- Panaskan minyak yg bantayk di dalam kuali. Perlahankan api bila minyak panas. Goreng pau sambil diterbalikkan sentiasa agar pau masak rata. angkat bila warna pau keperangan.

7- Belah pau dan isikan sambal ikan bilis dan timun. (tapi hari tu x der timun belasah je kobis yang dihiris nipis2, mkn pun sodap gak)


Friday, November 13, 2009

sAusAgE RoLL & CC ChoCoLaTe


Ari tu baru jerk wat bun sausage, kali ni wat sausage roll plak guna roti.. 2 menu nie aku wat tuk meeting x-SMBG kt Alamanda. Sausage roll nie la paling senang n cepat janji bahan2 nya cukup. Chocolate cup cake nie pun ringkas gak. Apa2 pun layyann...

Source : Try masak
SAUSAGE ROLL

Bahan2:-

Sosej
Roti sandwich
Telur
Bread crumb (boleh diganti dengan cornflakes di kisar kasar)

Cara2 :-

1. Kukus roti selama 2 minit (sekejap sahaja, hanya untuk melembutkan roti). Roll roti yang telah dikukus sehingga nipis dan flat. Gulungkan sosej dan sapukan kuning telur untuk melekatkan. Boleh simpan dalam fridge kalau tak mahu goreng terus.

2. Untuk mengoreng, sediakan dua bekas. Satu untuk telur yang telah dipukul, satu lagi untuk bread crumb. Celup sosej yang telah digulung kedalam telur terlebih dahulu, kemudian golekkan kedalam bread crumb, lepas tu goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga keperangan. Angkat dan siap untuk dimakan.

Thursday, October 29, 2009

cHiCkEn sAuSaGe RoLL

Chicken sausage roll nie sy wat pd hari yg sama dgn apam kukus 3 warna tu tp resepi ntah letak kt ner.. nie baru jumpa tu yg baru nk post. Sy uli tepung dia x de guna machine pn .. hand made gituu.. lg sedap ank2 mkn guna air tgn kite kan.. ahaks.. sy pn x ingat ambil resepi nie kt ner tp yg pasti gebu mcm kt kedai gituu.. FYI this is my 1st trial to make a sausage bun but the result so superb.. Selamat Mencuba!!!..

Bahan-bahan A :

500 gm tepung high protien
30 gm susu tepung
70 gm gula
1 paket ibu roti [11 gm]
1 s/k pelembut roti [optional]
1 biji telur
1/2 s/k garam

Bahan-bahan B :
250 ml air
80 gm majerin

Bahan-bahan C :
sosej
bijan (x letak pn)
kuning telur
majerin

Cara-caranya :
1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A.
2. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.
3. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati [ anggaran 10 minit].
4. Bahagikan adunan pada 60 gm setiap dan buatkan bulat2. Ketepikan.
5. Ambil 1 doh dan gelek supaya menjadi panjang (macam keropok lekor) dan lilitkan dikeliling sosej
6. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda.
7. Sapukan dengan kuning telur dan taburkan sedikit bijan.
8. Bakar dalam suhu 200'C selama 20 -25 minit atau sehingga kuning keemasan.
9. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yg telah masak untuk kelihatan berkilat dan menarik.

aPaM kUkUs 3 wArNa

Actually hari tu aku demam 3 hari n x de selera mkn.. tp tekak nie mcm2 plak nak mkn..
so dlm x larat tu.. aku gagahkan juga buat apam yg sememangnya mudah n cepat. Aku dh lupa mana abik resepi nie.. tp laayannnn je la ek resepi kt bwh nie..

Ingredients :
320g flour
1 teaspoon baking powder
250g castor sugar
2 teaspoons vanilla essence
2 eggs (grade A)
1 teaspoon ovalette
240g water
2 tablespoons condensed milk
coloring

Method :

1. Put all the ingredients into the mixing bowl and beat on maximun speed till creamy. The texture must be like the sponge cake mixture.
2. Divide into three portions and add the coloring.
3. Put a bit of each color into each small cup and steam for 10 minutes on high heat.

Thursday, October 22, 2009

kAriPaP aYaM...

Bahan-bahan (50 biji)

Bahan Inti :-
500g kentang - dipotong dadu
300g bawang besar - dipotong dadu
400g daging/ayam kisar
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sd besar jintan manis (saya x letak pun)
3 sudu besar (75ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
1/2 btg besar kulit kayu manis (saya x letak pun)
2 sudu teh gula/secukup rasa
1 sudu teh garam/secukup rasa
350ml air

Doh Karipap
500g tepung gandum
1/2 sudu besar garam
94g lepa susu/marjerin/shortening (saya lebih suka guna marjerin)
1 bj telur (saya x letak pun)
1/2 cawan ais
250ml air
Minyak untuk menggoreng & tepung secukupnya untuk mencanai

Cara-cara :-
Inti:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga naik bau. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga sebati.
2. Masukkan daging/ayam cincang dan gaul sebati. Masukkan garam, kemudian masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
3. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk
2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Panaskan lepa sus/marjerin/campuran sepertinya atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata2 atas tepung.
3. Gaul sehingga menjadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit-sedikit air ais bergaram dan gaul sehingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam (saya masukkan 1/2 jam dlm fridge jerk).
4. Tangkupkan karipap tersebut agar bertemu. Untuk lebih selamat agar keripap tidak terbuka semasa menggoreng, kelim sekali lagi.
5. Bila semua sudah siap, karipap tersebut bolehlah digoreng dengan api yang perlahan.

TIPS
  • Boleh juga digunakan crisso/minyak sapi/ mentega/minyak masak/kedua2nya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nk canai semula doh, boleh bekukan doh yang dibalut plastic. Nak guna, keluarkan dan tunggu sehingga suhu bilik.
  • Kalau malas nak kelim karipap tu, sebelum tutupkan acuan, letak sedikit air di atas pastry di tepi gigi acuan tu. Ini untuk merapaktkan lagi doh agar tidak terbuka semasa menggoreng.
  • Karipap boleh disimpan lama dengan menggoreng separa masa dan simpan di dalam fridge.
  • Goreng karipap dengan air yang perlahan untuk menggelakkan karipap berbintil-bintil macam jerawat.
GAMBAR SEBELUM

Wednesday, October 14, 2009

cReAm PuFF



Sorry la ye dh sebulan rasanya x update blog nie.. al maklumla sibuk bebenor ngan nyambut pose n raya.. ditambah pula dgn melayan ragam n kerenah ank2 ne..

Ari nie ada mkn2 tuk Hari Raya kt Opis so aku decide nk wat cream puff coz memandangkn proses nk wat nya senang n ambil masa yg singkat.. Tq Kak Rin.. Actually x pernah wat cream puff nie pn.. just try n jadi plak.. hehehe (suka sgt coz menjadi)

PASTRI
BAHAN-BAHAN:
250ml air
125gm tepung gandum
secubit garam
100gm mentega
3 biji telur
1/2 tsp gula castor


CARA-CARA:
1. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
2. Masak air, mentega dan gula hingga mendidih.
3. Kecilkan api, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga adunan tidak melekat di periuk.
4. Keluarkan adunan dari periuk panas dan masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan sejuk kira-kira 15 minit.
5. Masukkan telur satu persatu, pukul hingga sebati dan rata. Adunan mesti kelihatan berkilat. Boleh juga menggunakan mixer eletrik.
6. Isikan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozzle pilihan samada open star atau bulat biasa pun ok.
7. Paipkan adunan ke dalam loyang yang telah digris nipis dan bakar pada suhu 200 darj cel selama 20min - 25min.
8. Sejukkan pastri di atas dawai penderai.

Pastri yang telah siap, kita belah di bahagian tengahnya tapi jgn sampai putus dan kita isikan filling. Terpulang kepada kita sama ada hendak isikan cream custard, whipping cream, coklat ataupun cream custard berperisa yang lain-lain.



CREAM CUSTARD
BAHAN-BAHAN:
1 tbs tepung gandum
1 tbs tepung jagung
3 tbs gula castor (Kalau nk manis lg tambah sendri la ye..)
1 cup susu segar
1 biji telur gred A
1 tbs mentega

CARA-CARA:
1. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan beberapa sudu susu segar. Kacau sehingga tidak berbintil-bintil.
2. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan lebihan susu segar dan kacau sebati.
3. Masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berbintil-bintil.
4. Bila dah masak dan likat, angkat dari api dan masukkan mentega. Kacau sebati sehingga kelihatan berkilat.
5. Setelah sejuk, isikan dalam piping bag yang bernozzle star atau bulat biasa, paipkan ke dalam pastri yang telah dibelah tadi.


Related Posts with Thumbnails