Friday, March 13, 2009

20 pETuA Di dAPuR

1. Sayur kekal segar. Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik.Simpandalam peti sejuk.Sayur tahan lebih semingu.

2. Ikan tetap segar. Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang.Tak perlu dicuci.Bungkus dalam kertas suratkhabar lama dan masuk plastik. Simpan peti dinginbeku.

3. Hilangkan hanyir ikan. Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipisatau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.

4. Ikan atau ayam tak lekat di kuali. Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali,minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam.Minyak itu hendaklah dipanaskanterlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.

5. Khasiat air beras. Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuhsubur.

6. Elakkan periuk kenduri jadi hitam. Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masakpada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.

7. Buang tulang ikan terubuk atau ikan parang. Untuk mengelakkan tulang, pegang bahagian ekor dan kepala ikan.Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap.Cara ini memudahkan kitamemakan isinya.

8. Bawang kopek tahan lama. Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awaltetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk petisejuk.

9. Memudahkan telur dikopek. Telur hendaklah cukup direbus iaitu sekurang-kurangnya 30minit.Kemudian rendamkan dalam air paip sehingga sejuk. Kopeklah seperti biasa.

10. Tulang dan daging cepat empuk. Rebuskan bersama daun nangka muda ataupun rebuskan bersamasebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.

11. Membasuh buah-buahan. Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

12. Air gula tahan lama. Supaya air gula tahan lama masukkan 1 sudu besar air limau nipis semasa kita memasak air gula. Setelah mendidih, rendidih selama 20 minit dansejukkan.

13. Pisau tak berkarat. Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lap kering.Kemudian barulah disimpan.

14. Kacang cepat kembang. Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.

15. Elakkan getah nangka. Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka.Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.

16. Bersihkan pengisar. Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.

17. Santan lebih pekat. Untuk mendapatkan santan lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur Perah seperti biasa.

18. Kelapa parut tahan lama. Agar kelapa parut anda tahan lama, simpan dalam peti beku. Ia tahan 1 - 2 minggu.

19. Kelapa parut beku. Untuk melembutkan kelapa parut yang beku, keluarkan ia 2 jam sebelum digunakan agar ia lembut. Tuangkan sedikit air panas dan kisarlah sepertibiasa.

20. Tempoyak tahan lama. Supaya tempoyak anda tahan berbulan-bulan lamanya, masukkan isi durian yang telah diperam beberapa hari ,ke dalam sebuah botol dan simpan peti sejuk.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails