Thursday, October 22, 2009

kAriPaP aYaM...

Bahan-bahan (50 biji)

Bahan Inti :-
500g kentang - dipotong dadu
300g bawang besar - dipotong dadu
400g daging/ayam kisar
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sd besar jintan manis (saya x letak pun)
3 sudu besar (75ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
1/2 btg besar kulit kayu manis (saya x letak pun)
2 sudu teh gula/secukup rasa
1 sudu teh garam/secukup rasa
350ml air

Doh Karipap
500g tepung gandum
1/2 sudu besar garam
94g lepa susu/marjerin/shortening (saya lebih suka guna marjerin)
1 bj telur (saya x letak pun)
1/2 cawan ais
250ml air
Minyak untuk menggoreng & tepung secukupnya untuk mencanai

Cara-cara :-
Inti:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga naik bau. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga sebati.
2. Masukkan daging/ayam cincang dan gaul sebati. Masukkan garam, kemudian masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
3. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

Doh:
1. Masukkan tepung dalam mangkuk
2. Gaulkan air bersama garam dan ais. Panaskan lepa sus/marjerin/campuran sepertinya atas api kecil hingga berbuih dan tuang rata2 atas tepung.
3. Gaul sehingga menjadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit-sedikit air ais bergaram dan gaul sehingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam (saya masukkan 1/2 jam dlm fridge jerk).
4. Tangkupkan karipap tersebut agar bertemu. Untuk lebih selamat agar keripap tidak terbuka semasa menggoreng, kelim sekali lagi.
5. Bila semua sudah siap, karipap tersebut bolehlah digoreng dengan api yang perlahan.

TIPS
  • Boleh juga digunakan crisso/minyak sapi/ mentega/minyak masak/kedua2nya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nk canai semula doh, boleh bekukan doh yang dibalut plastic. Nak guna, keluarkan dan tunggu sehingga suhu bilik.
  • Kalau malas nak kelim karipap tu, sebelum tutupkan acuan, letak sedikit air di atas pastry di tepi gigi acuan tu. Ini untuk merapaktkan lagi doh agar tidak terbuka semasa menggoreng.
  • Karipap boleh disimpan lama dengan menggoreng separa masa dan simpan di dalam fridge.
  • Goreng karipap dengan air yang perlahan untuk menggelakkan karipap berbintil-bintil macam jerawat.
GAMBAR SEBELUM

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails