Friday, November 13, 2009

sAusAgE RoLL & CC ChoCoLaTe


Ari tu baru jerk wat bun sausage, kali ni wat sausage roll plak guna roti.. 2 menu nie aku wat tuk meeting x-SMBG kt Alamanda. Sausage roll nie la paling senang n cepat janji bahan2 nya cukup. Chocolate cup cake nie pun ringkas gak. Apa2 pun layyann...

Source : Try masak
SAUSAGE ROLL

Bahan2:-

Sosej
Roti sandwich
Telur
Bread crumb (boleh diganti dengan cornflakes di kisar kasar)

Cara2 :-

1. Kukus roti selama 2 minit (sekejap sahaja, hanya untuk melembutkan roti). Roll roti yang telah dikukus sehingga nipis dan flat. Gulungkan sosej dan sapukan kuning telur untuk melekatkan. Boleh simpan dalam fridge kalau tak mahu goreng terus.

2. Untuk mengoreng, sediakan dua bekas. Satu untuk telur yang telah dipukul, satu lagi untuk bread crumb. Celup sosej yang telah digulung kedalam telur terlebih dahulu, kemudian golekkan kedalam bread crumb, lepas tu goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga keperangan. Angkat dan siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails