Wednesday, February 17, 2010

kUiH LoMpAnG (kOsUi)

Resepi nie di ambil dr dapur Kak Miza. Thx kak coz share this recipe. Sy just c&p jerk.. halal ek..

Bahan-bahan :
* 500 g tepung beras
* 1 sudu besar tepung jagung
* 600ml air
* 1/2 sudu besar kapur makan
* secubit garam
* 280 g gula melaka
* 155 g gula perang
* 125 g gula pasir
* daun pandan
* 250 g kelapa parut

Cara :
1. Satukan air, gula melaka, gula perang, gula pasir, daun pandan dan garam.
Jerangkan di atas api yang kecil & kacau hingga semua gula-gula itu hancur.
Besarkan api & didihkan hingga menjadi pekat.
2. Padamkan api dan tapis. Birakan sejuk.
3. Masukkan campuran gula melaka tadi ke dalam adunan tepung ubi dan tepung jagung. Kacau rata hingga supaya tidak berketul-ketul.
4. Tapiskan dalam ke dalam acuan yang telah dihangatkan. Kukus hingga masak.
5. Rendam acuan-acuan itu dalam air sejuk untuk menyejukkan. Keluarkan dari acuan & golek-golekkan dalam kelapa parut. (Saya x rendam tp kuarkan dr acuan selepas masak & letak kelapa sedikit diatas)..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails