Eeerrmm...apa nk wat minum ptg nie??//.. labu dh beli tp asyik tertangguh jerk.. drpd labu nie busuk baik buat pengat.. Ank2 pn dh tidur.. apa lg cepat2 lah jlnkan project buat pengat nie.. zzzaaaassss..
Source : Mesra. Net Resepi
Bahan2
1/2 bj labu kuning sederhana
1 cwn susu segar / 1/2 cwn santan
1/2 cwn sagu mata ikan (saya ambil 3 sudu mkn coz ank2 x minat sgt)
2 sudu gula merah
Gula Pasir secukup rasa (saya guna 1 ketul gula kabung/melaka - lg sedap)
3-4 helai daun pandan (sy guna pandan wangi - baunya lg semerbak)
Cara
1- Labu di buang kulit dan biji, potong kecil2 anggaran 5cm persegi. Rebus hingga 3/4 empuk bersama daun pandan
2- Masukkan susu/santan, sagu mata ikan, gula merah, gula pasir/kabung dan kacau.
3- Biar hingga mendidih dan pekat. Kacau selalu bg mengelakkan santan naik minyak.
Cadangan Hidangan
:- Sedap dimakan ketika panas ataupun disejukkan. Sesuai sebagai manisan berbuka PUASA atau MINUM PETANG.
No comments:
Post a Comment