KUIH KERIA Bahan-bahan: 2 biji ubi keledek saiz sederhana 1 cawan tepung gandum secubit garam Untuk menyira: 1 cawan gulapasir 1 cawan air Cara-cara: 1. Keledek dibuang kulit, dipotong kecil-kecil dan direbus empuk. 2. Lecek ubi keledek. 3. Campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul dan menekan-nekan adunan agar bercampur. 4. Boleh ditambah tepung sekiranya adunan masih terlalu lembut tetapi dikira sesuai apabila adunan sudah tidak terlalu melekat di tangan. Jangan terlalu berlebihan menambah tepung kerana ini akan menjadikan keria keras. Adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. Cukup sekadar boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut. 5. Gegelang keria yg sudah siap hendaklah di letak di atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung utk mengelak dari melekat. 6. Goreng keria hingga kuning keemasan dan ketepikan. Untuk menyira: 1. Tuangkan air dalam kuali dan masukkan gula. 2. Masak sehingga larut dan mendidih. Biarkan larutan berbuih sehingga keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertai-tali jatuh apabila dilelehkan dari senduk. JANGAN TERLALU LAMA SEPERTI HENDAK MEMBUAT GULA HANGUS. Bila ini terjadi gula akan bertukar keperang-perangan dan ia tidak akan mengeras dalam bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca!!! 3. Masukkan keria yg telah digoreng dan terus kacau sehingga gula mengeras dan berwarna putih. Padamkan api dan teruskan mengkaupbalik keria. 4. Segera keluarkan dari kuali dan hidangkan. | |
Thursday, January 21, 2010
kUiH kEriA
Baki keledek aku wat kuih keria coz peberet bdk2 n bapak bdk.. hehehe. Resepi ni aku cilok dr dapur Kak Rinn. Layann..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment