Thursday, April 2, 2009

bUn mANiS



Resepi nie saya ambil dr blog cik Mat. Harap cik Mat x marah ye saya panjangkan resepi nie.. coz nampak sgt sedap..

BAHAN DOH BUN MANIS :
A ...
480 g tepung roti (high protein flour)
120 g tepung gandum
110 g gula halus
10 g garam
20 g tepung susu
4 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver*
1 camca teh bread softerner*

B...
1 biji telur
300 ml air


C...
60 g mentega

D...
Inti epal secukupnya2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
1/4 cawan dried cranberries, (boleh ganti dengan kismis)
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung
1 kuning telur*
1 camca besar susu cair*
1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)




CARA MEMBUATNYA :


  1. UNTUK DOH BUN MANIS :- Satukan bahan A, gaul rata. Tambah bahan B dan uli hingga menjadi doh. Tambah C dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan anjal (lebih kurang 20 - 25 minit). Alih dalam bekas yang telah disapu mentega dan tutup dengan plastik cling, biar 1 jam hingga doh naik 2 kali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "on" biar hingga siap. Gunakan kaedah menguli sahaja dalam BM, lepas habis menguli (lebih kurang 30 minit), keluarkan doh dan perap dalam bekas lain yang lebih beras, ini kerana khuatir doh naik terover the limit, sampai ke penutup BM terbuka.......
  2. UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.

UNTUK ROTI INTI EPAL :- Ambil 600 g doh tadi (yang lain tu blh digunakan untuk membuat roti2 pelbagai flavour & bentuk..harap maklum yeaa)... Bahagian kepada 12 bahagian sama besar (50 g setiap bahagian), bulat2kan dan ketepikan. Ambil 1, canai membujur. Potong seakan2 jejari pada sebahagian doh, isi dengan inti epal dan gulung. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Biar selama 50 minit tunggu hingga naik. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit.

Lepas 15 minit roti dibakar, keluarkan dari oven dan sapu dengan bancuhan telur pada permukaan roti. Sambung bakar hingga siap. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails