Wednesday, January 6, 2010

sOfT bUn pReTzeL

Ptg yang panas.. ujan x mo turun2.. harap2 mlm nnt turun la. apa menu minum ptg hari nie ek.. jenguk2 la rumah2 yang mana bertuan dan resepi yang menarik.. cari punya cari jumpa la rumah kak rin yang nampak mcm menarik di tambah lg bahan2 sume cukup.. hah! apa lg operasi pun bermula la.. wat pun ambil masa yang singkat cuma nk tunggu dia naik tu yang ambil masa lama ckit.. x pe la.. coz pretzel nie blm pernah try, asyik mkn kt auntie anne's jerk. Nampak mcm keras tp bila mkn lembut di gigi.. Kpd sesiapa yg ingin mencuba .. sila la.. jgn malu2 plak ek..


BAHAN-BAHAN:
1 /2 cwn air suam
11gm yis segera (1 paket)
1 camca teh madu
3/4 cwn susu segar
1/4 cwn majerin
1/4 cwn madu
2 camca teh garam halus
4 cwn tepung gandum
* Majerin untuk sapuan
* Gula, bijan, badam dll untuk taburan, ikut selera (x letak coz ank2 x mkn)

Untuk Dipping :
1 cwn air mendidih
1 sudu makan soda bicarbonate


CARA-CARA:
1. Di dalam mangkuk pengadun, campurkan air suam, 1 camca teh madu dan yis. Biarkan 10minit.
2. Di dalam periuk lain, panaskan majerin hingga cair. Campurkan 1/4 cwn madu, garam dan susu. Kacau sebati.
3. Tuangkan adunan majerin cair tadi ke dalam mangkuk pengadun berisi yis. Kacau sebati.
4. Putarkan mixer perlahan sambil masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Sederhanakan kelajuan dan uli doh selama 20 minit atau sehingga doh lembut dan elastik.
5. Bulatkan doh menjadi satu dan tutup mangkuk pengadun dengan plastik/clingwrap. Perap 1 jam.
6. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
7. Uli dan gelek rata. Bahagikan kepada 8 ke 10 bahagian. Gelek-gelek dengan tangan membentuk doh yang panjang seperti tali. Saiz ikut suka.
8. Temukan kedua-dua hujung tali doh itu dan pintal. Kemudian lekatkan bersilang pada bahagian bawah.
9. Sementara itu, panaskan 1 cwn air hingga mendidih dlm periuk kecil. Masukkan 1 sudu makan soda bicarbonate. Kekalkan didihan dgn api kecil. Rendam pretzel tadi dalam air soda selama 10 saat dan letakkan dalam loyang pembakar yg telah digris. Lakukan hingga habis.
10. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 20min -25min atau hingga warna keperang-perangan.
11. Setelah masak keluarkan dari oven, sapu majerin dan segera taburkan gula atau garam atau bijan atau badam...atau apa-apa saja yang anda suka. Bijan atau badam tu... bakarlah dulu seketika dlm oven ya. Goreng tanpa minyak pun ok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails